Hari Jumaat lepas sarah adee buat puding karamel berdasarkan resepi yg diberi oleh mak mentua sarah..= P
First time sarah cube buat,alhamdulillah terus menjadi..sarah ingatkan pecah n hancur...
Ni lah hasilnyer..
Cantik tak..??? huhuhuhu...
Ni resepinyer :
Bahan2 :
1.
Telor ayam 7 biji
2.
Susu cair 2 tin
3.
Gula pasir 5 sudu besar
4.
Asin vanilla 1 sudu tea
5.
Gula pasir 10 sudu besar (gula hangus)
Cara2:
1.
Pukul telor sehingga kembang kalo guna mixer ½ jam,kalo guna
tangan dlm 1 jam
2.
Masukkan gula pasir 5 sudu besar,susu cair 2 tin & asin
vanilla 1 sudu tea n 1/2 @ 1 cawan air.
3.
Kacau semua bahan sehingga sebati
4.
Masukkan gula pasir 10 sudu besar utk dijadikan gula hangus
dalam periuk. Masuk sikit air,masak atas dapur api.
Selalu kacau gula tersebut supaya x hangus.
5.
Masukkan gula hangus tadi ke dalam loyang, kemudian masukkan
adunan bahan telor tadi ke dalam loyang yg telah berisi gula hangus.
6.
Loyang tersebut di masukkan ke dalam periuk pengukus untuk
dikukus sehingga 1-2 jam. **kene selalu cek selang ½ jam.
7.
Akhir sekali biarkan karamel tersebut sejuk dan dimasukkan ke
dalam pinggan lombong **sebab gula hangus ade yg cair.
8.
Simpan dlm peti ais,mkn sejuk2 lg sedap... =)
Selamat
mencuba!!!!!