Semalam aku,ika n mak gi ceragem kat seksyen 19 shah alam.. Pergh...ramai giler beratur walaupon waktu tu kul 7.20 pagi. Naseb baek kite org gi awal, encik husband anta kalo x beratur ler sampai ke Salam Medical. Giliran aku nombor 18. Mak n ika 16 n 17.
Mule2 aku n ika daftar cam biase, dengar opening dari owner cawangan shah alam Pn Aisyah, orang korea masuk islam. Pn Aisyah kahwen dgn org malaysia, tp sleng korea die mmg pekat. hahhaha.. kadang2 x paham pe die ckp.
Kumpulan petame start dulu baring kat katil. Ade dlm 15 buah katil urut n 2 katil pemanas. Mule2 mmg sakit, tp lame2 jadi sedap lak. hehehhe. Ade la dalam 35 minit utk katil urut tu. Pastu aku baring kat katil pemanas dlm 20 mnt dgn ika. Mmmg selesa.
habes dalam kul 9.30. Selesai tu pe lg, pekena la tea tarek halia n puri kat Shaaz kat sebelahnye. hehehehe...
Pas alas perut kite org gi lawat along kat KPJ seksyen 20 naek taxi.
**** p/s: Kalo gi Ceragem ni kene bawak cadar putih single n selimut putih.
Dibawah ni adalah kebaikan ceragem
-lancarkan perjalanan darah
-legakan sengal2,sakit otot,sakit belakang
-kurangkan stress,perbaiki tidur
-legakan sakit disebabkan arthritis
Prinsip Utama Ceragem
1-Chiropractic
Adalah termasuk dalam perubatan alternatif,dengan menggunakan tangan untuk manipulasi/adjust tulang belakang,meluruskan sendi2 tulang belakang dengan tubuh.Tujuannya untuk melegakan/melepaskan tekanan pada sistem saraf.Chiropractic membantu penyembuhan(healing) tubuh dengan sendiri,dan tubuh dapat berfungsi optimal.
2-Massage
Mengurut untuk legakan sakit2 otot/sendi,relaxkan otot/sendi,dan merangsang badan..
3-Moxibustion Effect
Kaedah terapeutik,menggunakan tenaga haba dari campuran herba untuk merangsang bahagian badan tertentu.(Target/pressure point).Tujuannya untuk merangsang badan supaya sembuh(heal),memperbaiki perjalanan darah dan nak bagi badan relaks.
4-Jade
Boleh menghasilkan infrared yang berguna kepada badan apabila dipanaskan.
Tadi dah bgitau kebaikan Ceragem kan.Ape keburukan dia pulak?Sebenarnya,saya tak pasti sangat.he2..Tapi apa yang saya dapat,Ceragem bagi kesan pemanasan kat badan,untuk lancarkan saluran darah semua bla2..dan haba tu mungkin memberi kesan kepada badan/kulit.Lagi satu komen aku baca,orangni test Ceragem ada keluarkan Elektromagnetic Radiation agak tinggi,jadi mungkin risiko kepada badan,terutama organ2 penting.
Disebabkan banyak review postitif tentang Ceragem ni,ramailah yang tanya Ceragem ni boleh guna untuk macam2 jenis penyakit tak.Daripada setakat sakit2 otot,sampailah ke autistik,kanser,hernia(angin pasang)..
Pendapat aku kan,katil ni memang bagus sebagai perubatan alternatif.Kita tak bolehla nak bergantung 100%,rasakan benda ni boleh menyembuhkan macam2 penyakit.Secara amnya,benda ni mungkin boleh memperbaiki kualiti kesihatan badan,melegakan sakit2 yang disebabkan oleh tulang belakang (spine),kurangkan stress,perbaiki kualiti tidur..Bagi pesakit yang bergantung pada ubat hospital,ubat hospital jangan tinggal,atau melengah-lengahkan rawatan sakit tertentu sebab nak cuba kaedah ni.Kaedah ni mengambil masa untuk sesetangah sakit kronik.